Sekilas pandang, rumah batu berona merah jambu yang terletak di No. 3, Jalan Kemenyan, Kg Setanggi, Johor Bahru, Johor ini pasti membuatkan pelawat berasa seperti berada di rumah sendiri. Selangkah melepasi pintu masuk perkara pertama yang akan menarik pelawat adalah susun atur ruang yang ringkas tetapi menepati fungsi asas sesebuah kediaman. Ruang tamunya yang luas sesuai bagi mereka yang berkeluarga terutamanya yang mempunyai anak kecil yang sedang membesar. Dindingnya yang diwarnai dengan rona lembut warna pelbagai menceriakan lagi suasana ruang tamu berkenaan dengan dekorasi seni tampak yang dicetak atas kanvas pelbagai saiz dan potongan ayat - ayat suci Al-Quran berbingkai.
Teratak Tok Abah yang mempunyai tiga bilik tidur bukan sahaja luas dari aspek saiznya malahan mampu memberi keselesaan ruang bagi penginap hujung minggu yang lari dari kesibukkan kota. Keadaaan ini juga ditambah dengan saiz ruang makan yang tersedia dengan meja makan 8 tempat duduk dengan keperluan dapur asas seperti dapur gas mini, cawan, pinggan dan kelengkapan cucian. Antara faktor lain yang penting bagi sesebuah homestay ialah kemudahan bilik air. Homestay di Kg. Setanggi ini mempunyai 2 bilik air yang terletak bersebelahan ruang makan dan sebuah di bilik tidur hadapan. Kemudahan bilik air ini menepati keperluan asas yang mempunyai tandas dan air pancuran.
Kemudahan lain yang penting bagi penginap baik di hotel mahupun homestay adalah soket elektrik yang seakan sinonim dengan milikan peribadi penginap seperti telefon bimbit, Ipad, komputer riba dan sebagainya disediakan diseluruh pelosok rumah dari ruang tamu sehinggalah ke bilik tidur. Setiap bilik juga disediakan dengan sejadah dan telekung bagi muslimin dan muslimat menunaikan kewajipan beribadah. Sebuah televisyen terletak diruang tamu bagi mengisi waktu senggang penginap. Bagi mereka yang gemarkan hidangan BBQ, ruang depan yang mampu menampung 15 orang pada satu - satu masa sesuai untuk membakar sendiri makan malam anda disamping menghabiskan masa bersama keluarga mahupun sahabat handai.
Ruang parkir? Tidak perlu risau. Ruang parkir di Teratak Tok Abah mampu menempatkan 3 buah kenderaan pada satu - satu masa dan sekiranya penginap bercuti beramai - ramai, 2 buah kenderaan lagi boleh diletak di bahu jalan hadapan rumah tersebut. Luaskan? Jadi apa tunggu lagi? Rancang percutian anda ke Johor Bahru dan kunjungiTeratak Tok Abah untuk pengalaman penginapan selesa bagi keluarga dan sahabat handai anda sementara anda berada di Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment