Friday 15 February 2013

Jom Jalan - Jalan JB!!

Bercuti ke Johor Bahru kini memberi lebih keceriaan seisi keluarga. Pembangunan pesat Bandaraya Johor Bahru secara langsung telah menyaksikan pembangunan industri pelancongan yang membanggakan. Dari pusat membeli belah ke destinasi percutian keluarga bertaraf antarabangsa, semua boleh dialami di Johor Bahru. Berikut merupakan tempat - tempat menarik yang mungkin menjadi penyebab kunjungan anda ke Johor Bahru.

Legoland Malaysia.
www.legoland.com.my



Sebut sahaja Legoland, anda pasti membayangkan sebuah tempat yang menyeronokkan bagi mengisi hujung minggu mahupun musim cuti persekolahan anak - anak anda. Bayangkan keseronakan mereka mencuba pelbagai mainan yang mengujakan dan menyaksikan sendiri struktur bangunan popular yang dibina menggunakan bongkah - bongkah Lego. Bagi mereka yang gemar mencuba aktiviti - aktiviti beradrenalin tinggi, apa kata anda mencuba sendiri pelbagai permainan yang mencabar keberanian anda seisi keluarga. Cuba sendiri mengikuti perjalanan meniti Lost Kingdom ataupun merasakan sendiri Dendam seorang firaun dalam Pharaoh's Revenge, pasti anda akan teruja menempuhi perjalanan yang penuh debaran.

Habiskan seharian di Legoland Malaysia dan pulang ke Teratak Tok Abah untuk bercerita tentang pengalaman anda yang akan membawa senyuman ke wajah keluarga anda yang tercinta. Yang paling menarik jarak perjalanan dari Teratak Tok Abah ke Legoland hanya 29.9 KM bersamaan 31 minit perjalanan! Apa yang penting, anda bijak berbelanja untuk lebih nilai bagi keluarga anda.




Johor Premium Outlet
www.premiumoutlets.com.my


Siapa yang tidak suka shopping? Dari kanak - kanak ke orang dewasa, pasti ada sahaja yang ingin dibeli. Barangan berjenama dan harga yang mahal memang tidak dapat dipisahkan. Ketika anda berada di Johor bahru, apa kata anda panjangkan langkah anda ke Johor Premium Outlet. JPO, merupakan pusat membeli belah dengan gayanya yang santai tetapi ekslusif yang merangkumi 80 jenama terkemuka dunia. Apa yang menambahkan keghairahan membeli belah anda mungkin terdapat disini. Bayangkan sebuah pusat membeli belah yang menawarkan diskaun setiap hari. Menarik bukan? Malah diskaun yang diberikan bukan serendah 15 ke 20 peratus, tetapi sehingga 65 peratus! Bayangkan si ibu mengendong beg tangan edisi terbaru dari Coach. Si ayah pula tampak sejak dengan sut Armani. Si anak gadis makin menawan dengan sepatu tinggi dari Charles & Keith Reductions. Si bujang bergaya dengan busana chic dari Espirit. Semua dengan harga yang lebih murah daripada mana - mana pusat membeli belah di Malaysia. Cuba juga anda luangkan masa mencuci mata melihat kemasan perabot bagi kediaman anda, mungkin akan terpaut dihati. Bergaya boleh, berjimat pon boleh.

Rancang perjalanan anda dari Teratak Tok Abah ke JPO di Senai yang hanya mengambil masa 22 minit perjalanan! Apalah sangat 25 KM sekiranya anda dapat berjimat lebih. Selesai berbelanja, belum hilang penat berjalan di JPO, anda sudah pun sampai ke Teratak Tok Abah menunggu esok untuk menyambung percutian anda!



Hello Kitty Town
www.playtime.com.my/hello-kitty-town


Jika anda bertanya kepada anak - anak kecil tentang Hello Kitty, pasti mereka mampu untuk menerangkan dengan panjang lebar semua tentang Hello Kitty. Sekarang bayangkan anda membawa mereka ke Hello Kitty Town. Pastinya senyuman mereka melebar dengan hati yang girang. Nikmati sendiri keceriaan karektor Hello Kitty dalam saiz manusia dengan misi menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel yang diculik! Atau masuk sendiri ke rumah kitty dan cari persamaan antara edisi kartun dengan yang sedang anda lawati, pasti terlalu banyak untuk anda lihat! Jangan lupa untuk mencuba pelbagai permainan menarik ketika anda berada disitu. Yang pasti pulang dari Hello Kitty Town, anak - anak anda pasti sibuk berkongsi pengalaman mengenai Kota Kartun tersebut. Belum sempat habis bertukar - tukar cerita, anda akan sampai ke Teratak Tok Abah di Kg. Setanggi, Johor Bahru. Anggaran masa yang diambil hanyalah 38 minit dengan jarak 33.9 KM sahaja.


Banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi di Johor Bahru. Nantikan sambungan tempat pelancongan yang tersedia ada untuk menerima kunjungan anda di Johor Bahtu ini dan berjimat lebih dengan bermalam di Teratak Tok Abah

No comments:

Post a Comment